Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

DoRayaki~ DoraemON :P

tetiba jek teringat kat kuih nie...kesnya tgk gambar doraemon..huhuhuhu~ alahai....search2 ada la pulak... try test tgk jadi ke tak MamaDa buat...anak2 kompen berebut kalu ckp beli ngn doraemon...melalut lak pose2 nie.. Resepinya : Bahan-bahan: 100 gram tepung gandum 60gram gula 2 biji telur 2 sudu teh madu Setengah sudu kecil soda bikarbonat Setengah sudu kecil esen vanilla Setengah sudu teh minyak masak 50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat) Inti : inti kacang merah yang manis. Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry, strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa) Cara-caranya: 1.Pukul telur dan gula sehingga kembang. 2.Masukkan madu, esen vanilla dan minyak. Kacau sebati. 3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati. 4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat). 5.Panas kuali

Resepi Cream Puff

maaf yerk...simpan2 resepi...bulan2 puasa nie tekak x tau nak makan apa..ibu2 yg rajin pasti buatnya...share dr  https://www.facebook.com/pages/Cara-Senang-Buat-Kek Resepi Cream Puff Bahan-bahan: 100 gm butter 170 gm air 120 gm tepung gandum/tepung roti/tepung naik sendiri(chef obie tambah jadi 140 gm) 250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A) sedikit vanilla,gula dan garam(chef obie tambah) Cara Membuat: 1-Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila.Perlahankan api.Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan. 2-Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati. 3-Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terben

Resepi Semperit Dahlia

Cantik sangat dgn kombinasi warna biskut semperit nie..jom cuba dr group kuih muih..nak buat x tau masa..jadi share utk simpanan blog..hehehe.. https://www.facebook.com/pages/Cara-Senang-Buat-Kek SAMPRIT DAHLIA 120g butter (buttercup atau anchor) 50g gula ising 160g tepung jagung 50g tepung castard 1 sudu teh esen vanilla Bbrapa titis pewarna pink Cara2 1. Pukul butter dn gula hingga kembang. 2. Masukkn esen vanilla. Pukul sebati. 3. Ayak tepung jagung dn tepung bersama. 4. Masukkn tepung ke dlm adunan dn gaul sebati... guna tangan yee.. 5. Bahagikn doh kepada 2 bhgn. Bhgn pertama biarkn dgn warna asal. Bhgn kedua dititiskn dgn sedikit pewarna pink dn gaul rata. 6. Kedua2 warna diletakkn secara bersebelahan ke dlm acuan tekan samprit. 7. Tekan di ats loyang yg tlh digris. 8. Bakar suhu 160°c selama 20 mnt. *jangan biarkn doh terdedah pd udara kerana ia akn keras. Klau dh keras mmg susah nak tekan... Klau terkeras juga, tuang sesudu susu segar (susu kotak)... uli sebat

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..lama sangat x menaip kat sini...xde masa..busy..siap kan kerja...kadang2 mengeluh x ingat..tapi apakan daya..utk mencari rezeki...syukur atas rezeki yg Allah swt bagi..amin... MamaDa mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam ramadhan walaupun dah terlewat...

DOA ISTIKHARAH'

KEK CHEESE MELELEH

Cheesecake Meleleh - Kek Sponge Bhn2 Utk Kek *100g tepung hongkong/tepung kek *60g tepung jagung *1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 100g gula kastor 4 biji telur 2 biji kuning telur 50ml air sejuk/susu cair 75g mentega cair Cara Membuat 1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda* 2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair. 3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan. 4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak. Untuk Cream 250g cream cheese 120g susu pekat manis 50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream Mix semua bahan dia atas hingga sebati, adunan ini memang cair. (bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye) Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut Cara penyediaan 1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. 2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi. 3)Parutkan

BISKUT PELANGI

250 gm mentega 175 gm gula kastor 100 ml putih telur 200 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 1/4 sudu teh emplex Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega 1-Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan 2- Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim 3- Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati 4- Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata 5- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian 6- Letakkan pewarna untuk setiap bahagian 7- Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan 8- Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil 9- Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi 10- Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah 11- Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap

BiskuT LAPIS CHEESE~

Bahan2nya: A 250g cream cheese 1/2 tin / 250g susu pekat B 1 paket biskut masin (saya guna Golden cracker Julie's) C Oat / nestum # saya guna dua2 sekali (Quacker oat with cereal) Cara2 membuatnya: 1. Sediakan loyang false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci, supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti. Alaskan dasar loyang dengan plastic wraper. 2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Ketepikan. 3. Susun biskut dengan kemas dalam loyang. 4. Sapukan rata adunan cheese sedikit atas biskut yang disusun tadi. Taburkan dengan bahan C. 5. Ulang semua proses tadi hingga biskut & adunan cheese habis. Tutup & sejukkan 1-3 jam atau semalaman baru dipotong. Share untuk peminat kek .. Dari FB  https://www.facebook.com/pages/Cara-Mudah-Buat-Kek/265713330237546?ref=ts&fref=ts