Skip to main content

Resepi Cream Puff



maaf yerk...simpan2 resepi...bulan2 puasa nie tekak x tau nak makan apa..ibu2 yg rajin pasti buatnya...share dr https://www.facebook.com/pages/Cara-Senang-Buat-Kek




Resepi Cream Puff

Bahan-bahan:
100 gm butter
170 gm air
120 gm tepung gandum/tepung roti/tepung naik sendiri(chef obie tambah jadi 140 gm)
250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A)
sedikit vanilla,gula dan garam(chef obie tambah)

Cara Membuat:

1-Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila.Perlahankan api.Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.

2-Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati.

3-Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.

4-Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air....bakar hingga masak.
Peringatan:Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu .

Intinya:

415 ml susu segar
5 biji kuning telur (chef obie guna 3 shj)
25 gm tepung jagung (chef obie guna tepung kastad)
100 gm gula (chef obie guna 60gm shj)
2-3 sudu makan cream jagung
sedikit vanilla

Cara Membuat:

Pukul sebentar telur kuning dengan gula dan masukkan semua bahan kecuali cream jagung,tapiskan.Kacau atas api hingga separuh pekat dan masukkan jagung cream.Terus mengacau bater ini sehingga pekat dan berkilat.Sejukkan dan boleh dipaipkan ke dalam puff.

Comments

Popular posts from this blog

What is MIGRAINE!!!

WHAT IS MIGRAINE ? Migraine is a common, harmless, peculiar disorder of the nervous system, which results from changes in the blood circulation in the brain. These changes in circulation produce all the symptoms (so the spots before the eyes are actually happening in the brain!) Migraine usually runs in families and seems to be more common in women. Migraine episodes are usually triggered by some kind of stress: usually from fatigue, or nervous tension, or food allergy. They most often occur in people who are intelligent, hardworking, and compulsive. Often migraine patients are a little too hard-driving, perfectionistic, and rigid; they may be pushing themselves too hard. (Sometimes the migraine episode is Nature's way of telling us to take life a little easier, to be a little less strict with ourselves.) Most of the great names In history, the world’s great "achievers", were migraine sufferers. HOW DOES IT HAPPEN?  While we do not have all the answers, it appears th

Resepi Semperit Dahlia

Cantik sangat dgn kombinasi warna biskut semperit nie..jom cuba dr group kuih muih..nak buat x tau masa..jadi share utk simpanan blog..hehehe.. https://www.facebook.com/pages/Cara-Senang-Buat-Kek SAMPRIT DAHLIA 120g butter (buttercup atau anchor) 50g gula ising 160g tepung jagung 50g tepung castard 1 sudu teh esen vanilla Bbrapa titis pewarna pink Cara2 1. Pukul butter dn gula hingga kembang. 2. Masukkn esen vanilla. Pukul sebati. 3. Ayak tepung jagung dn tepung bersama. 4. Masukkn tepung ke dlm adunan dn gaul sebati... guna tangan yee.. 5. Bahagikn doh kepada 2 bhgn. Bhgn pertama biarkn dgn warna asal. Bhgn kedua dititiskn dgn sedikit pewarna pink dn gaul rata. 6. Kedua2 warna diletakkn secara bersebelahan ke dlm acuan tekan samprit. 7. Tekan di ats loyang yg tlh digris. 8. Bakar suhu 160°c selama 20 mnt. *jangan biarkn doh terdedah pd udara kerana ia akn keras. Klau dh keras mmg susah nak tekan... Klau terkeras juga, tuang sesudu susu segar (susu kotak)... uli sebat