Skip to main content

DoRayaki~ DoraemON :P

tetiba jek teringat kat kuih nie...kesnya tgk gambar doraemon..huhuhuhu~ alahai....search2 ada la pulak...
try test tgk jadi ke tak MamaDa buat...anak2 kompen berebut kalu ckp beli ngn doraemon...melalut lak pose2 nie..

Resepinya :

Bahan-bahan:
100 gram tepung gandum
60gram gula
2 biji telur
2 sudu teh madu
Setengah sudu kecil soda bikarbonat
Setengah sudu kecil esen vanilla
Setengah sudu teh minyak masak
50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)
Inti :
inti kacang merah yang manis. Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry, strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)
Cara-caranya:
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu, esen vanilla dan minyak. Kacau sebati.
3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat).
5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih boleh lah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake.

Comments

Popular posts from this blog

AIR TIMUN KEMPISKAN PERUT

Ini kebaikan minuman detoks timun sebagai penyelesai masalah perut buncit. 1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan. 2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda. 3. Minuman ini mempecepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Bahan-bahan: 1/2 biji lemon 1 biji timun Segenggam daun parsley 1 sudu kecil halia diparut 1/3 air masak Cara menyediakan dan meminum: Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. SUMBER : Pa&Ma

Resepi Semperit Dahlia

Cantik sangat dgn kombinasi warna biskut semperit nie..jom cuba dr group kuih muih..nak buat x tau masa..jadi share utk simpanan blog..hehehe.. https://www.facebook.com/pages/Cara-Senang-Buat-Kek SAMPRIT DAHLIA 120g butter (buttercup atau anchor) 50g gula ising 160g tepung jagung 50g tepung castard 1 sudu teh esen vanilla Bbrapa titis pewarna pink Cara2 1. Pukul butter dn gula hingga kembang. 2. Masukkn esen vanilla. Pukul sebati. 3. Ayak tepung jagung dn tepung bersama. 4. Masukkn tepung ke dlm adunan dn gaul sebati... guna tangan yee.. 5. Bahagikn doh kepada 2 bhgn. Bhgn pertama biarkn dgn warna asal. Bhgn kedua dititiskn dgn sedikit pewarna pink dn gaul rata. 6. Kedua2 warna diletakkn secara bersebelahan ke dlm acuan tekan samprit. 7. Tekan di ats loyang yg tlh digris. 8. Bakar suhu 160°c selama 20 mnt. *jangan biarkn doh terdedah pd udara kerana ia akn keras. Klau dh keras mmg susah nak tekan... Klau terkeras juga, tuang sesudu susu segar (susu kotak)... uli sebat...

Bila Dah terpaut dengannya~

Assalamualaikum....uhuk2...berabuk dah mak punya blog neh...lama dah tak bersibuk kat sini...maklum laaa...mak dah mula gila wat kek...Alhamdulillah rezeki anak kan...herm...Mak sentap ni...adew la kawan mak nie...dia baca la mak punya blog...ada ke dia ckp...weh nyah ko punyew blog takdek nama lain ke? bg la vogue cket..ni apa...MAK PUNYEW CITER...hUH sentap aku kejap...xpe la kan nak wat camana...nt la  aku fikir nama apa yang sesuai dengan blog aku nie...semua nya org komen...uuuuuuuuuuwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaa~ Kawan mak bagi masa lepas raya jer tau...Sengal...ahahhahaha...sorry nyah mengata ko jap..ko baca ko amok ke ko hangin ke...aku tetap sayang ko..ahahahhahaha~ K lah Mak ade nak post lagi neh...tunggu ek.. ni santapan kek coklat moist yang mak buat...kalo dok area kota bharu,kelantan leh la tempah ngan Mak... tempahan boleh call @ sms ke 0199913537(shida) ade harga kat gambar nie tau.... ChocolateMoist Rice Cake ChocolateMoist Nestum Cake RM2.0...