Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

PUISI UNTUK AYAH petikan dari NUKILAN SEORANG INSAN

Puisi nie aku terbaca masa dok tengah2 cari puisi2 lama...jd terjumpa laaaaaaaaa~ puisi utk ayah nie..rasew meleleh airmata~ sbb ayahnda dah nk masuk 3 thn meninggalkan kami..so utk tatapan kita semua.."HARGAILAH ORG TUA YG MASIH ADEW" SUNDAY, JUNE 19, 2005 [ Puisi ] :: Untukmu Ayah Ayah, Setiap kali memandang wajahmu Hati ini begitu bersyukur Hati ini begitu bahagia Kedapatan seorang ayah sepertimu. Ayah, Kehidupanku serasa bermakna Dengan titik peluhmu Aku dan adik-adik mengenali dunia Dengan kasih-sayangmu Aku dan adik-adik mengenali bahagia Dengan ilmumu Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa. Ayah, Aku tahu susah payahmu Aku tahu deritamu Aku tahu budimu Semuanya kau persembahkan Tanpa sedikit pun rungutan Tanpa sedikit pun kemalasan Demi membela diri kami sekeluarga. Ayah, Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan Buatmu yang sentiasa jerih dan perit Sanggup berkorban segalanya Hanya kerana keluarga tercinta. nash v. khan 19 J