Skip to main content

JOM WAT DONUT PLAK..

Hahaha..apa kes...blog Mak dah jadi blog sedishh plak...apa2 la kan..kita tgk atas MOOD....Mood Mak arinie Mood post resepi...esok...lusaaa..tulat...ntah...menaip ke tidak..kot2 busy memanjang...

Nie pun Mak copypaste dr https://www.facebook.com/bukuresepi  jugak...kot mana2 pun wajib tgk resepi dulu...semua adew kat cni..





Mini Doughnut 
Oleh:Puspa Wangi

(Tak perlu rehatkan doughnut. Habis buat boleh terus canai dan goreng. Tetap gebusss sgt! )

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit atau sehingga berbuih.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau menggunakan sudu dahulu.
3. Kemudian masukkan baki tepung dan boleh lah mula mengadun dgn tgn sehingga sebati dan tidak melekat. Jika melekat tambah tepung.
4. Boleh canai dan terus menggoreng. Ayakkan gula caster di atas donat yg telah di goreng.

Adunan donut ini non greasy (tidak terlampau menyerap minyak) dan sgt gebussss!

Selamat mencuba! :)

Comments

Popular posts from this blog

AIR TIMUN KEMPISKAN PERUT

Ini kebaikan minuman detoks timun sebagai penyelesai masalah perut buncit. 1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan. 2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda. 3. Minuman ini mempecepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Bahan-bahan: 1/2 biji lemon 1 biji timun Segenggam daun parsley 1 sudu kecil halia diparut 1/3 air masak Cara menyediakan dan meminum: Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. SUMBER : Pa&Ma

MERAWAT BATUK SELESEMA ANAK TANPA UBAT

Bahan yang diperlukan: 2 sudu besar madu 1 sudu kecil minyak sayuran 3 - 4 sudu besar tepung 1 helai napkin 1 Pelekat (Band-Aid) Pembalut luka Cara membuatnya: 1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati.Pastikan ia tidak terlalu melekit. 2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk gulung. 3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth. 4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan pelekat (band-aid). 5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung. 6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman. Jangan panik, sekiranya anak anda berasa hangat dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan. Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan? * Ia sesu...

Engkau buat IBU yg tak BERDOSA MENANGIS LAGi..

Aku bengang dgn peel yg seorang nie Bengang dgn sikap Makin lama Makin tak hormat Tak hormat IBU sendiri KAlau engkau dh rasew  Ibu pergi dgn percakapan Percakapan yg BAIK Anak membalas dgn Kurang Sopan Baik engkau buang jer kopiah atas KEPALA Pergi MAsjid Dgr Syarahan Dengar Ustaz berceramah Cakap elok dgn org tua lain Sedangkan IBU sendiri  ENgkau buat sampai menangis MMg engkau kurang AJAR lah Aku makin benci melihat  MElihat manusia perangai  Perangai baik depan khalayak ramai TAPI IBU sendiri Kau buat sampai menangis.. Insaflah wahai manusia sorang nie Aku dh muak & Benci dgn perangai kamu kalau aku byk duit dh lama aku bwk IBU  IBU aku pergi dr sini Semoga ALLAH SWT dapat mendengar rintihan IBU ALLAH SWT membalas segala perbuatan mu  ALLAH SWT MAHA ADIL ALLAH SWT MAHA KAYA ALLAH SWT MENDENGAR TANGISAN  TANGISAN IBU YANG TAK BERDOSA Aku tak sanggup melihat  MElihat IBU aku menangis..