Skip to main content

JOM WAT DONUT PLAK..

Hahaha..apa kes...blog Mak dah jadi blog sedishh plak...apa2 la kan..kita tgk atas MOOD....Mood Mak arinie Mood post resepi...esok...lusaaa..tulat...ntah...menaip ke tidak..kot2 busy memanjang...

Nie pun Mak copypaste dr https://www.facebook.com/bukuresepi  jugak...kot mana2 pun wajib tgk resepi dulu...semua adew kat cni..





Mini Doughnut 
Oleh:Puspa Wangi

(Tak perlu rehatkan doughnut. Habis buat boleh terus canai dan goreng. Tetap gebusss sgt! )

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit atau sehingga berbuih.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau menggunakan sudu dahulu.
3. Kemudian masukkan baki tepung dan boleh lah mula mengadun dgn tgn sehingga sebati dan tidak melekat. Jika melekat tambah tepung.
4. Boleh canai dan terus menggoreng. Ayakkan gula caster di atas donat yg telah di goreng.

Adunan donut ini non greasy (tidak terlampau menyerap minyak) dan sgt gebussss!

Selamat mencuba! :)

Comments

Popular posts from this blog

AIR TIMUN KEMPISKAN PERUT

Ini kebaikan minuman detoks timun sebagai penyelesai masalah perut buncit. 1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan. 2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda. 3. Minuman ini mempecepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Bahan-bahan: 1/2 biji lemon 1 biji timun Segenggam daun parsley 1 sudu kecil halia diparut 1/3 air masak Cara menyediakan dan meminum: Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. SUMBER : Pa&Ma

Engkau buat IBU yg tak BERDOSA MENANGIS LAGi..

Aku bengang dgn peel yg seorang nie Bengang dgn sikap Makin lama Makin tak hormat Tak hormat IBU sendiri KAlau engkau dh rasew  Ibu pergi dgn percakapan Percakapan yg BAIK Anak membalas dgn Kurang Sopan Baik engkau buang jer kopiah atas KEPALA Pergi MAsjid Dgr Syarahan Dengar Ustaz berceramah Cakap elok dgn org tua lain Sedangkan IBU sendiri  ENgkau buat sampai menangis MMg engkau kurang AJAR lah Aku makin benci melihat  MElihat manusia perangai  Perangai baik depan khalayak ramai TAPI IBU sendiri Kau buat sampai menangis.. Insaflah wahai manusia sorang nie Aku dh muak & Benci dgn perangai kamu kalau aku byk duit dh lama aku bwk IBU  IBU aku pergi dr sini Semoga ALLAH SWT dapat mendengar rintihan IBU ALLAH SWT membalas segala perbuatan mu  ALLAH SWT MAHA ADIL ALLAH SWT MAHA KAYA ALLAH SWT MENDENGAR TANGISAN  TANGISAN IBU YANG TAK BERDOSA Aku tak sanggup melihat  MElihat IBU aku menangis..

KEK CHEESE MELELEH

Cheesecake Meleleh - Kek Sponge Bhn2 Utk Kek *100g tepung hongkong/tepung kek *60g tepung jagung *1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 100g gula kastor 4 biji telur 2 biji kuning telur 50ml air sejuk/susu cair 75g mentega cair Cara Membuat 1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda* 2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair. 3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan. 4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak. Untuk Cream 250g cream cheese 120g susu pekat manis 50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream Mix semua bahan dia atas hingga sebati, adunan ini memang cair. (bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye) Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut Cara penyediaan 1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. 2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi. 3)Parutkan ...