Skip to main content

MERAWAT BATUK SELESEMA ANAK TANPA UBAT

Bahan yang diperlukan:

2 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak sayuran
3 - 4 sudu besar tepung
1 helai napkin
1 Pelekat (Band-Aid)
Pembalut luka

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati.Pastikan ia tidak terlalu melekit.

2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk gulung.

3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth.

4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan pelekat (band-aid).

5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung.

6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman.

Jangan panik, sekiranya anak anda berasa hangat dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan.

Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan?

* Ia sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

* Bungkusan madu ini selamat digunakan.

* Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, selesema dan kegatalan kerongkong.

* Jangan sapu bungkusan ini pada kulit yang alahan, luka dan kecederaan.

* Gunakan rawatan mudah dan menakjubkan ini untuk merawatan selesema anak anda di rumah.



Sumber : Pa&Ma

Comments

Popular posts from this blog

Sapu habuk kejap~

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Apa kabar anda semua..?? huhu~ dah lama x buka blog nie..asyik dok blog cantekkraft jer..sbb skang nie aktif dalam kraft..Alhamdulillah rezeki dr Allah swt...dh banyak hari rasa nak menaip..nak berceloteh dlm skeskekuz nie..ni kira dah seminggu la try n error password..haha ..berkat hari JUMAAT penghulu segala hari...terdetik plak nak bukak..Alhamdulillah..huhu dapat laaaa login ... rasew seronok ..gumbira tahap gaban..akhirnya aku dapat la buka blog nie..perghhh kalo x mcm blog satu lagi la..daritzcollection.blogspot.com...dah terkubur dah..dapat lihat jer..login x bleh... huhuh~ ramai kenalan kat sana...kesian betul..mmg betul la kesian.. K la...lain masa leh berceloteh lagi...bye2..nak out dah..

Akhirnya terhasil sesuatu~

Herm....Gelisah ke Mengeluh bunyi cam gitu...apa2 lah asalkan mak menaip..haha...2 ~ 3 hari nie rasa semacam jerk..kenapa ek...mcm x de feel nak buat sesuatu kerja...org tua2 ckp...ko nie main buat jer...cam xdek perasaan..ITU LAH PERASAAN MAK 2 ~ 3 hari nie.... Semalam....selepas melayan anak2 dirumah Babahnya g gym...dengan karenah anak2 ni paham la...sana bunyi ...sini bunyi..lepas yang tu usik yang nie..yang nie plak usik yang tu..yer la kan dah anak 5...macam orang anak 15 dok dalam umah...3x ganda bunyi bising....n last mak menjerit..sapew2 buat hal jap lagi...bising .....mama kurung dalam bilik air...semua terus senyap....x sampai 5 minit....diorang masuk dalam bilik...bentang kan segala ada nak tido....ingatkan dh tido...herm...cerdik2 diorang nie..tutup pintu...diorang biising lak dalam bilik...aduhai...hati mak....mcm berapi dah ..tapi dr diorang memekak kat luar ..baiklah diorang memekak dalam bilik....x sakit sangat telinga.... Dok x sampai 10minit..mak rasa sunyi jer....

AIR TIMUN KEMPISKAN PERUT

Ini kebaikan minuman detoks timun sebagai penyelesai masalah perut buncit. 1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan. 2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda. 3. Minuman ini mempecepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Bahan-bahan: 1/2 biji lemon 1 biji timun Segenggam daun parsley 1 sudu kecil halia diparut 1/3 air masak Cara menyediakan dan meminum: Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. SUMBER : Pa&Ma