Skip to main content

LIMAU NIPIS~ APA YANG BOLEH DIBUAT DGN LIMAU NIPIS nie..JOM BACA~

Salam...
Entry kali nie aku keluarkan tip2 yang aku baca kat tuan google nie..sbb dah lama x berblog kan..nt berkulat plak..so aku klik2 terserempak la limau nipis yang byk khasiatnya..so korang leh la baca ek..!!!
Limau nipis nama sainsnya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari ‘saudara’nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.
Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.
Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.
Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.
Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.
Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan
Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.
Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Comments

Popular posts from this blog

AIR TIMUN KEMPISKAN PERUT

Ini kebaikan minuman detoks timun sebagai penyelesai masalah perut buncit. 1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan. 2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda. 3. Minuman ini mempecepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Bahan-bahan: 1/2 biji lemon 1 biji timun Segenggam daun parsley 1 sudu kecil halia diparut 1/3 air masak Cara menyediakan dan meminum: Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. SUMBER : Pa&Ma

Engkau buat IBU yg tak BERDOSA MENANGIS LAGi..

Aku bengang dgn peel yg seorang nie Bengang dgn sikap Makin lama Makin tak hormat Tak hormat IBU sendiri KAlau engkau dh rasew  Ibu pergi dgn percakapan Percakapan yg BAIK Anak membalas dgn Kurang Sopan Baik engkau buang jer kopiah atas KEPALA Pergi MAsjid Dgr Syarahan Dengar Ustaz berceramah Cakap elok dgn org tua lain Sedangkan IBU sendiri  ENgkau buat sampai menangis MMg engkau kurang AJAR lah Aku makin benci melihat  MElihat manusia perangai  Perangai baik depan khalayak ramai TAPI IBU sendiri Kau buat sampai menangis.. Insaflah wahai manusia sorang nie Aku dh muak & Benci dgn perangai kamu kalau aku byk duit dh lama aku bwk IBU  IBU aku pergi dr sini Semoga ALLAH SWT dapat mendengar rintihan IBU ALLAH SWT membalas segala perbuatan mu  ALLAH SWT MAHA ADIL ALLAH SWT MAHA KAYA ALLAH SWT MENDENGAR TANGISAN  TANGISAN IBU YANG TAK BERDOSA Aku tak sanggup melihat  MElihat IBU aku menangis..

KEK CHEESE MELELEH

Cheesecake Meleleh - Kek Sponge Bhn2 Utk Kek *100g tepung hongkong/tepung kek *60g tepung jagung *1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 100g gula kastor 4 biji telur 2 biji kuning telur 50ml air sejuk/susu cair 75g mentega cair Cara Membuat 1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda* 2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair. 3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan. 4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak. Untuk Cream 250g cream cheese 120g susu pekat manis 50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream Mix semua bahan dia atas hingga sebati, adunan ini memang cair. (bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye) Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut Cara penyediaan 1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. 2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi. 3)Parutkan ...